Want your
own Fotopage?






 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Jun-2009 06:10 Email | Share | Bookmark
Masak2 lagi

 
 
 
 
 
 
tengah mengembang
dah mekap dengan kastad...nampak sememeh
dah masak
Tunggu nak makan
Masih lagi dengan entry masak2 dan makan.......bab makan2 ni memang x leh tinggal lah. Kali ni nak hidang lemak cili api udang dengan cendawan... lemak cili api yang agak cayaq skit, tak leh la nak pekat2 sangat , kesihatan pun nak kena jaga juga kan.


Lemak cili api udang dan cendawan, dihidangkan dalam pinggan lama berbuka kekwa (tu dia dah setat dah nak menayang pinggan )
Letak jugak lah resipi untuk rujukan walaupun teramat sempoinya, belajaq dengan opismate orang N9.

Lemak cili api udang

Bahan2

Udang - buang hujung kepala skit, bersihkan.
cili api - hanis letak dalam 10 biji, nak pedas kaww tambah lah lagi
1/2" kunyit hidup
serai 2 batang
1 biji kelapa - dijadikan santan (ikut kepekatan masing2 lah ya).....hanis guna 1/2 biji kelapa, agak cayaq juga kuahnya.
asam keping
garam
Cendawan - boleh juga guna buncis/kacang panjang

Cara membuatnya:

1. Tumbuk cili api & kunyit , serai ketuk2 skit.
2. Campurkan dengan santan, asam keping dan masakkan diatas api sehingga agak nak mendidih, masukkan udang dan garam, biarkan kejap.
3. Kemudian masukkan cendawan dan garam, sesuaikan rasa. Biar kejap atas api seketika sambil kacau2 skit , lepas tu boleh lah tutup api dan siap dihidangkan.
4. Boleh juga ditambahkan sehelai daun kunyit.

Nota:
o Seeloknya santan biar agak pekat, sbb udang tu sendiri juga akan keluarkan air.
o Kalau kecutkan dulu udang tu dengan bahan2 tumbuk pun boleh juga, tapi jangkamasa udang tu masak jadi lama la pulak,,,,,,kan apa sifud ni kalau terlebih masak nanti kurang pula rasanya.



Tayang juga la pinggan kekwa ni..... (cewahhhhhh pinggan pun nak enterprem).
Untuk kucingorengemok, selamat menjamu mata ya dengan pinggan saya.



baru terhegeh2 nak buat bun kentang, tengok ramai dah kawan2 pun yang mecubanya...ketinggalan ketapi saya ni. Apa2 pun memang sedap bun ni dan ada la iras2 cam bun kentang kat K4 nun. Part kastad kat atas tu yang tak berapa cun, rupa cam tali yang terputus2 jer pun ...mungkin adunan kastad agak keras dan pekat sangat kut, part roti memang la tersangat gebusnya.


rentetan proses nak jadikan bun kentang sehingga siap.


Ni yang dah siap....tengok tu langsung tak kemas kastad kat atas tu, tak pa boleh perbaiki lagi lain kali.


Siap dihidangkan wat minum petang dalam pinggan dan cawan lama J&G Meakin.
(Peminat tegar pinggan lama - tetap juga nak tayang, tapi buh gambar kecik ja kat bawah ni, tak leh besar2 nanti kena `curi' )

Quote:

Roti Kentang ( Potato Bread)
sumber: onigiri@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )

135 ml air ais - hanis guna susu segar
3/4 cmt garam - tak letak pun, terlupa.
30 gm mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar) - guna sebiji gred C
60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung
50 gram gula
2 cmt yis segera

Topping untuk membuat garisan kastad Tepung kastad segera (instant custard powder) Bancuh dgn air utk mendapatkan pes yg lembut.Kalau takde tepung custard segera tu buatlah cream custard mcm biasa dan jalurkan pada roti kentang nanti.

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit (Haniss guna BM, so semua kerja menguli sampai naik diserahkan sepenuhnya kat BM).
2.Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
3.Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
4.Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
5.Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
6.Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
7.Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
8.Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).


Nota Haniss:
1. Tak sapu telur pun sebelum bakar, bila dah bakar dan masak hanya sapu butter cair ja nak bagi berkilat.
2. Bakar dengan suhu 175C selama 25 minit
3. Buat 40gm setiap biji ...dapat lah dalam 9 ketul bun.


set lengkap cawan, piring, pinggan J& G Meakin, sebelah tu cap mohor kat belakang pinggan.

Quote:

Untuk kak adik yang bertanya camna nak hubungi saya, boleh lah email ke ribenaa69@yahoo.com ishh apa la yang kak adik nak tanya ni.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net